Cetak

Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim

nc4

Raha merupakan lulusan Ijazah Sarjana Mikrobiologi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dan selanjutnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains di University of Oklahoma. Beliau menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada bulan Jun 1991 sebagai tutor di Jabatan Bioteknologi dan menyempurnakan PhDnya dalam bidang Genetik Molekul di University of Strathclyde, Glasgow.

Kepakaran penyelidikan beliau adalah dalam development of lactic acid bacteria for delivery of useful proteins; plasmid biology, vaccine delivery and cell factory systems of lactic acid bacteria. Beliau turut terlibat dalam penyelidikan lain termasuk pengenalpastian penanda genetik dan pengesahan produk halal oleh kaedah molekul. Beliau telah menyelia lebih daripada 50 pelajar pasca siswazah, menerbitkan lebih daripada 130 kertas kerja dalam peer reviewed jurnal dan menguruskan beberapa hak Harta Intelek.

Beliau juga merupakan perunding kepada beberapa agensi kerajaan dan industri berkaitan biotek. Raha telah menyandang beberapa jawatan pentadbiran di UPM; sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM, Timbalan Dekan Penyelidikan di Fakulti BioTech, UPM’s Biosafety Chair for Genetically Modified Organisms, Ketua Bahagian Sel dan Molikular Biologi dan Penyelaras Unit Pengumpulan Kultur, IBS, UPM.

Raha kini merupakan Presiden Persatuan Bakteria Asid Laktik Malaysia. Beliau juga menyandang jawatan Presiden Persatuan Mikrobiologi Malaysia dan merupakan ahli EXCO. Beliau juga bergabung dengan beberapa pertubuhan profesional lain seperti Persatuan Biologi Molekul Malaysia dan Bioteknologi dan Persatuan Genetik Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau adalah ahli Persatuan Mikrobiologi Amerika dan Ketua Umum Persekutuan Persatuan Asia untuk Bakteria Asid Laktik.

Raha pernah memegang jawatan Pengarah di Bahagian Perancangan Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau turut diberi tanggungjawab dalam meyemarakkan Ekosistem Inovasi keseluruhan seperti yang terkandung dalam Lonjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025. Beliau turut menguruskan program penyelidikan dan pembangunan KPM (Universiti Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian Tinggi, FRGS), geran dan projek penyelidikan, pangkalan data R & D (MyRA dan MyGRANTS), yang diselaraskan dengan geran antarabangsa dan perindustrian yang sepadan (MyPAIR) promosi produk R & D dari Institusi Pengajian Tinggi, Malaysia.

Raha kini merupakan Naib Canselor keempat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).